Sejarah Penubuhan ~ Pusat Tuisyen Seri Permata

Sejarah Penubuhan

Unknown | 7.12.14 |
Penubuhan

        Pusat Tuisyen Seri Permata bermula dengan operasi di Taman Sri Pulai 2 dengan menggunakan nama Pusat Tuisyen Seri Chempaka yang ditubuhkan pada bulan Mei 2005.

         Pusat ini ditadbir dan diurus oleh Pengarah dan Pengetuanya iaitu Puan Siti Nor Balkish Ali. Beliau dibantu oleh beberapa orang guru yang berkhidmat secara sambilan. Kemudahan yang terdapat di pusat ini ialah 4 buah kelas yang dilengkapi dengan penghawa dingin, papan putih serta kerusi belajar.




Pengembangan Operasi

          Pada tahun 2008, dengan pertambahan jumlah pendaftaran yang meningkat, Pusat ini tidak lagi mampu menampung operasi tuisyen. Pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menempatkan sebuah pusat tuisyen baru yang telah didaftarkan atas nama Pusat Tuisyen Seri Permata. Pusat yang baru ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.



          Buat sementara, kedua-dua pusat ini beroperasi serentak dan diuruskan oleh pengurusan yang sama. Pada tahun 2010, Pusat Tuisyen Seri Chempaka telah ditutup untuk memberi laluan kepada Pusat Tuisyen Seri Permata beroperasi sepenuhnya.
       
           Infrastruktur yang lebih selesa seperti 9 buah kelas tutorial, mini perpustakaan, ruang mentelaah dan lain-lain mampu menampung jumlah pelajar yang besar.

           Program tuisyen yang ditawarkan adalah dari murid pra sekolah untuk belajar membaca, sekolah rendah dan sekolah menengah. Program lain yang ada ialah pengajian Iqra' dan al-quran dan kelas intensif untuk subjek-subjek tertentu.

Aktiviti

            Di samping kelas tuisyen, pihak pengurusan juga menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti lawatan ke pameran buku, lawatan sambil belajar ke destinasi menarik, rekreasi, aktiviti keagamaan dan lain-lain.

Pencapaian

            Bermula dengan Pusat Tuisyen Seri Chempaka hinggalah kepada Pusat Tuisyen Seri Permata, ribuan pelajar telah dibantu untuk menyerlahkan potensi akademik mereka hingga berpeluang menzahirkan impian mereka untuk ke menara gading.


Sambutan Ulang Tahun ke-10   (2005-2015)

             Sempena ulang tahun operasi yang kesepuluh, pihak pengurusan merancang untuk mengadakan pelbagai program bagi faedah pelajar dan masyarakat setempat. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang, Pusat Tuisyen Seri Permata akan dapat terus menabur bakti mendidik modal insan agar dapat menyerlahkan potensi sebenar mereka dengan cemerlang.

           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Copyright 2005-2015 @ Pusat Tuisyen Seri Permata